AMRON CERIA SELALU

Modul

Modul BMM3105 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer.

 

Hasil Pembelajaran

 

 

1.    Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian;

       model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.

2.    Memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran.

3.    Membina tapak pembelajaran yang mudah.

4.    Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.

5.    Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam

       persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam p&p bahasa Melayu.

6.    Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.

 

Sinopsis:

 

Kursus ini menjelaskan penggunaan internet, pemilihan bahan internet, laman web, dan papak

pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan

pengajaran secara dalam talian; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan internet, simulasi

pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam

persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran

bahasa Melayu.

 

Tajuk kursus:

 

 

Tajuk

Kandungan

Jam

Catatan

1

Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu

  • Menggunakan web, video, audio, dan imej
  • Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
  • Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.

6

 

 

 

Modul

2

Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

  • Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
  • Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.

6

 

 

Amali

3

Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet

  • Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet
  • Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan PowerPoint

6

 

Modul

4

Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan

Pembelajaran Bahasa Melayu

  • Memilih bahan sastera
  • Memilih bahan tatabahasa
  • Memilih bahan bidang ilmu lain

6

 

 

Amali

5

Membina dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

  • Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
  • Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran.

6

 

 

 

 

 

 

Modul dan Amali

6

Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

  • Struktur Hierarki dan Struktur Komposit
  • Struktur Linear
  • Struktur Rangkaian

6

 

 

Modul

7

Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat  dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

  • Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat
  • Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran.
  • Membina bahan.

6

 

 

 

Amali

8

Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian

  • Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian.
  • Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran

6

 

 

Amali

 

9

Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad Pengumuman

  • Prosedur pengeditan
  • Prinsip pengeditan
  • Melaksanakan pengeditan
  • Aplikasi ke dalam pengajaran kemahiran bahasa.

6

 

 

Modul

10

Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

§  Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa

§  Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio

§  Membina bahan video dan audio

§  Menggunakan persian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar bertutur dan membaca.

6

 

 

 

 

Modul dan Amali

11

Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video

  • Konferensi secara dalam talian
  • Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur, membaca, dan menulis.

6

 

 

Amali

12

Menggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa Melayu

  • Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
  • Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan

6

 

 

 

Modul

13

Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu

  • Menggunakan animasi perkataan dan objek PowerPoint
  • Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada Internet
  • Memanipulasi animasi dalam persembahan

6

 

 

 

Amali

14

Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu

  • Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
  • Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
  • Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran

6

 

 

 

Amali

15

Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang

  • Mengadakan seminar
  • Mengadakan pameran

6

 

Amali

 

JUMLAH

90

 

 Untuk penjelasan lanjut, sila hubungi:

 

Lokman Abd Wahid

IPG Kampus Bahasa Melayu

Lembah Pantai, 59990 Kuala Lumpur

 

lokmanibmm@yahoo.co.uk

 

Maklumat yang berkaitan terdapat di laman pembelajaran yang berikut:

 

https://bme3103.tripod.com

https://bmm3105.tripod.com

https://bmm3105.bravehost.com/index

https://media14minggu.tripod.com

 

Arahan umum kepada pelajar.

 

1.    Sila buka folder utama dan namakan folder utama itu sebagai BMM3105

2.    Di dalam folder utama itu, buka 15 folder dan namakan setiap folder dengan tajuk 1, tajuk 2,

       sehinggalah ke tajuk 15.

3.    Simpan kerja setiap tajuk ke dalam folder yang telah dibuka.

4.    Pensyarah akan memeriksa semua kerja pelajar yang telah disimpan ke dalam folder 3 kali

       satu semester.

5.    Pada penghujung semester, pelajar akan memindahkan semua kerja mereka ke dalam

       folder dan menyimpan kekal sebelum diserahkan kepada pensyarah.

 

 

  

 

 

Tajuk 1

 

 

Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu

 

 

1.1        Menggunakan web, video, audio, dan imej

1.2        Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran

             bahasa Melayu.

1.3        Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.           

 

 

1.1       Menggunakan laman web, bahan video, audio, dan imej

 

1.1.1    Menggunakan laman web.

 

Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN

dan lain-lain. Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google. Kesemua pembekal maklumat

internet memberikanperkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio,

 

video, teks, dan grafik.

 

Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan

alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan

dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.

 

Contoh alamat pembekal maklumat internet:

 

www.yahoo.com

www.yahoo.co.uk

www.yahoo.com.my

www.google.com

 

 

Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari

dan kemudian klikpada Web search.  Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan

video dan kemudian klik di dalamkotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet. 

Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com

 

Lihat contoh di bawah.

 

Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari.  Setelah mendapatkan video

yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. 

Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet.  Setelah dimuat turun,

gunakan youtube downloader iniuntuk memuat turun bahan yang diperlukan

 

 

Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu

sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah.  Guru perlu mengambil

kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunaan bahan

yang diperoleh daripada internet.

 

Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik.  Simpan semua

bahan berkenaandi dalam folder tajuk 1.  Di dalam folder tajuk 1, buat folder audio, video, grafik,

dan teks dan masukkan bahan yang berkenaan ke dalam folder yang berkaitan.

 

1.2        Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran

bahasa Melayu.

 

Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak

diperolehi ke dalam kotak pencari.  Sila lihat contoh di bawah.

 

Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan

diberikan pilihan seperti yang berikut.

 

Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”. 

Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.

 

Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “  “ seperti “resepi masakan”. 

Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda. 

 

Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang 

berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran. 

Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda

tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan

dan Rancangan Pengajaran Seminggu.

 

Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan.

 

1.3       Menyimpan bahan dalam bentuk Alamat Internet dan Katalog Internet.

Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan

katalog Internet. 

Sila lihat prosedur di bawah.

 

1.3.1    Alamat Internet

 

Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan

halaman yang berkenaan terlebih dahulu.  Lihat gambar rajah yang berikutnya.

 

Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. 

Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.

 

Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan.  Apabila ini dilakukan,

alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word. 

 

Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi.  Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda

mahir melakukannya.  Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa contoh alamat

internet yang telah diberikan.

 

 

Alamat Internet.

 

Wajik

https://ms.wikipedia.org/wiki/Wajik

 

Karipap

https://ms.wikipedia.org/wiki/Karipap

 

Menambah Nilai Buku

https://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

 

Jangan Biar Penjenayah Gugat Hak Anak Kita

https://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

 

Tangani Kemelut Kejiranan di Kawasan Bandar

https://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

 

Modus Operandi Terciptanya Bangsa Melayu

https://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm

 

Memperkasa Pantun Melayu

https://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm

   

 

Bergaya Dengan Teknologi Nano

https://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_01.htm

 

Penglihatan Dan Keselamatan Jalan Raya

https://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm

 

Pantun Melayu

https://www.pnm.my/sirihpinang/sp-pantun-m.htm

 

1.3.2    Katalog Alamat Internet.

 

Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis.  Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan.

 

Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:

 

Tajuk

 

 

 

URL

 

 

 

Sinopsis

 

 

 

 

Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah.  Masukkkan tajuk, alamat laman, dan sinopsis.  Sila lihat contoh yang berikutnya.

 

Katalog Alamat Internet

Tajuk

Peribahasa Melayu

 

URL

https://www.karyanet.com.my/bahasa/peribahasa_sm/simp.php?pageNum_simpulan=2&simpulan_abjad=a

 

Sinopsis

Laman sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa.

 

 

Tajuk

Seni Tenun Melayu

URL

https://culture.melayuonline.com/?a=c3VUL29QTS9VenVwRnRCb20%3D=

Sinopsis

Laman sesawang mengenai seni tenun Melayu yang terdapat di nusantara.

 

 

Tajuk

Tatabahasa : Kata Nama

URL

https://tatabahasabm.tripod.com/tata/knama.htm

Sinopsis

Laman sesawang mengenai  kata nama dan menunjukkan jenis kata nama dan contoh penggunaan kata nama.

 

 

Tajuk

Tatabahasa : Penjodoh Bilangan

URL

https://tatabahasabm.tripod.com/tata/pjodoh.htm

 

Sinopsis

Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan. Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya.

 

Tajuk

Pakaian Tradisional

URL

https://www.alambina.net/images/sintang_traditional.jpg

 

Sinopsis

Gambar mengenai pakaian tradisional di Malaysia

 

 

 

 

 

Panduan Tugasan:

Lawan Sesawang anda perlu mengandungi butiran yang berikut:

1.  Mencara bahan pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam bentuk dokumen, video, audio, imej, animasi dan sebagainya.

2.  Anda boleh menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai, untuk mendapatkan bahan pengajran Bahasa Melayu.

3.  Bahan yang dicari perlu disimpan dalam fail internet dan katalog

4.  Bahan yang dikumpulkan juga perlu dikategorikan mengikut tajuk yang sesuai.

5.  Sediakan juga sedikit maklumat mengenai bahan yang telah anda kumpul

6.  Semua bahan yang telah atau belum dimuat naik dalam Lawan sesawang hendaklah dimasukkan ke dalam CD untuk tujuan penghantaran tugasan kepada pensyarah ketika bersemuka pada perjumpaan pada bulan September nanti.

7.  Penilaian tugasan akan dibuat secara berterusan dengan merujuk kepada lama sesawang anda. Kemaskini lawan sesawang anda dari semasa ke semasa

8.  Sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila hubungi Encik Norazam di www. oraza.com

 

Search site

Contact

NormA & AmroN